Tuesday, November 23, 2010

Tuesday, October 19, 2010

DENGARKAN LUAHAN HATI INI...

dalam lesu kau masih tersenyum walaupun terlihat luka tangisanmu...merindukan warna kedamaian menanti bahagia beraja disitu...bilakah kan berakhir kisah derita...apakah tiada penghujungnya...manakah jawapannya...laungkan tulus kasihmu seluruh alam hingga bisa menggegar bumi...ku harapkan kau terima utusan salam...tanda kau masih disisi...khabarkan kepada mereka masih ada cinta mewangi disitu...dan khabarkan kepada dunia damai yang kau cari akan kau miliki...pasti...Didedikasikan khas buat yang tercinta...sayangku...

Thursday, October 14, 2010

MAKA BERBICARALAH CINTAKU...

Assalamualaikum,semua.Hari ini adalah hari yang paling ceria dalam hidup aku.Akui di cintai??ermm...entahlah...yang pasti aku dah berpunya...siapa punya??mana boleh bagi tahu...bocor la rahsia macam ni...ermm...entahlah...sukar untuk digambarkan bagaimana saat ketika dia melafazkan kata cinta pada aku...kawan sekolah pulak tu...dari sekolah rendah lagi...doakan semoga hubungan yang kami bina terus kukuh tanpa halangan...insyaAllah kalau ada jodoh diantara kami insyaAllah kami akan ber ehemm2 (paham2 je la)...esok lak diana akan dapat adik perempuan yang baru...tahniah diana...kim nampaknya dapat adik ipar baru la...hahaha...k la kawan2...setakat ini sahaja pertemuan kita pada hari ini...wassalamualaikumwarahmatullahitaalawabarokatu...

Sunday, October 10, 2010

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (Sekolah Menengah)

Assalamualaikum,semua.Apa khabar?Sihat?.Ermm...lagi beberapa minggu je aku akan menghadapi peperiksaan akhir tahun.Sejak kebelakangan ini,aku asyik ketinggalan pelajaran je.Dah lah dah nak periksa tapi apa yang aku belajar semuanya aku dah lupa.Ish,ish,ish...susahnya nak jadi pandai.Walaupun aku selalu dapat nombor satu dalam kelas...tetapi aku tidak boleh menafikan bahawa aku pun ada kekurangannya juga.Sebenarnya waktu peperiksaan aku tak pernah baca buku...Kalau baca pun baca yang mana perlu jela.Aku selalu bawa kehulu kehilir buku nota dan latihan masa peperiksaan tapi itu hanyalah lakonan semata-mata sahaja.Tapi alhamdulillah akhirnya aku dapat juga nombor satu...Tapi peperiksaan kali ini aku tidak pasti samada aku boleh dapat nombor satu ataupun tidak...Sebab malam tadi aku mimpi yang aku dapat nombor 'TUJUH BELAS'...Ketika itu aku berasa sangat hampa...Apabila sedar dari tidur barulah aku sedar yang aku hanya bermimpi sahaja.Kejadian itu aku ambil iktibar sebagai pedoman hidup...So korang yang kat luar sana tu janganlah 'over' sangat mentang-mentanglah korang pandai lepas itu taknak baca buku n berusaha...silap-silap ko terus dapat nombor yang paling last sekali...barulah padan dengan muka korang...Setakat ini sahaja pertemuan kita kali ini.Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarokatu.

Saturday, October 9, 2010

Rindu SRAITAF

Assalamualaikum semua...sudah hampir setahun aku meninggalkan SRAITAF.Rasa rindu sangat kat kawan-kawan lama,cikgu-cikgu dan yang lain.Teringat masa hari-hari terakhir aku di SRAITAF.Amat bergetar jiwa aku masa itu sebab hanya beberapa hari lagi sahaja aku akan melangkah keluar dari alam sekolah rendah.Terasa pilu sangat apabila diri ini digelar 'bekas pelajar' SRAITAF.Hakikatnya aku memang tidak dapat menerima kenyataan bahawa aku bukan lagi pelajar di sekolah itu.Harap suatu hari nanti insyaAllah aku akan kembali semula ke SRAITAF bukan sebagai murid  tetapi sebagai idola mereka.

SALAM PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum...Selamat datang saya ucapkan kepada yang telah sampai ke blog saya.Saya ialah bekas pelajar Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah (SRAITAF BBK).Kini saya sedang melanjutkan pelajaran saya di Sekolah Menegah Kebangsaan Meru.Saya menetap di Meru,Klang,Selangor.Saya dilahirkan pada 24/09/1997 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.Saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.Sampai di sini sahaja pertemuan kita.Semoga kita dapat bertemu dilain waktu insyaAllah.Sekian wassalamualaikumwarahmatullahiwabarokatu...